Saturday, 1 January 2011

Aqal yang terkekang!

Bolehkah kebenaran hakiki diperolehi hanya dengan menggunakan akal? Maksudnya, dengan menggunakan kuasa minda atau kuasa berfikir, memungkinkan manusia untuk mencapai kebenaran hakiki atau hakikat kehidupan? Tentang asal-usul dirinya? Tentang tujuan kehidupan? Tentang nasib manusia selepas mati? Tentang Tuhan – wujud atau tidak? Betul ke Allah tu tuhan pencipta? Tentang mana asal usul kehidupan? Tentang perkara ghaib? Berkenaan alam ruh? Wujud atau tidak ruh? Dan pelbagai lagi persoalan berkaitan manusia.

Aqal boleh berperanan apabila ada ilmu dan pengetahuan. Sehebat mana pun kemampuan aqal seorang manusia, tetapi jika tiada landasan ilmu dan pengetahuan, maka aqal itu tidak akan dapat menjana keputusan atau ketetapan berkaitan apa jua perkara dan peristiwa. Ia tetap terikat dengan sejauh mana penguasaan ilmu dan pengetahuan. Tetapi ilmu manusia sifatnya cetek dan terhad. Jadi, di dalam kekangan yang sedia ada ini, bagaimana kebenaran hakiki dapat digapai? Pastinya manusia memerlukan satu input daripada satu sumber yang lebih hebat daripadanya. Sumber kebenaran hakiki mustahil akan lahir daripada diri manusia semata-mata, kerana nilai kelemahan dan kejahilan yang ada pada makhluk manusia. Maka, apabila bergabung kekuatan akal, kekuatan hati dan sumber Maha Hebat tadi, barulah mungkin kebenaran hakiki terbentang kepada manusia untuk melihatnya.

Maka, tiada sumber lain yang lebih hebat daripada sumber wahyu. Wahyu yang datang daripada sumber yang Maha Sempurna, Maha Mengetahui. Kebenaran hakiki hanya wajar apabila sumbernya adalah yang Maha Sempurna lagi Maha Mengetahui. Tiada tercemar oleh kelemahan dan kejahilan. Inilah sumber Tuhan atau Ilahi atau Allah SWT. Allah SWT yang mempunyai 99 nama, yang menggambarkan kehebatanNYA. Wahyu ini disampaikan melalui malaikat Jibril kepada Rasul pilihanNYA – Muhammad Ibn Abdullah (SAW). Mukjizat Al-Quran ini pula dicatat di dalam mushaf atau kitab bertulis yang masih wujud sehingga ke hari ini.

Maka, bagi yang beriman dengan Allah SWT dan Muhammad SAW, AL-Quran adalah bukti kewujudan Tuhan yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa. Jika ingin dinilai kebenaran Islam, maka nilailah Al-Quran. Kitab yang dijamin keaslianNYA. Kitab yang asalnya dihafaz oleh Ar-Rasul SAW, kemudiannya dicatat di lembaran-lemabaran kulit dan tulang – kemudiannya dikumpul di dalam satu mushaf atau kitab. Yang kini berada di tangan kita.

Ada yang menuduh Al-Quran ditulis oleh Muhammad Ibn Abdullah. Ini mustahil kerana beliau diketahui sebagai seorang yang ummi – tidak tahu membaca dan menulis. Dan mustahil Al-Quran yang begitu lengkap dan jauh daripada cacat dan silap, boleh disiapkan oleh seorang manusia. Sebagai perbandingan, kitab Bible moden merupakan hasil tulisan sejumlah penulis, spt. Mark, Mathew, Luke – dan ia penuh dengan kesilapan dan percanggahan. Mungkin sebab ramainya penulis. Jadi, yang pasti Al-Quran sumbernya satu, tetapi bukan Muhammad Ibn Abdullah, tetapi Allah SWT. Al-Quran, yang di dalamnya terkandung pelbagai perkara – dulu, semasa dan terkemudian. Jika hendak diukur dengan ilmu di zaman ia diturunkan, Al-Quran adalah kitab yang melangkaui zamannya. Mana mungkin Muhammad Ibn Abdullah yang bersunyi-sunyi seorang di dalam Gua Hira’ berkhayal-khayal dan membuat-buat ayat-ayat Al-Quran. Mustahil. Pasti ada sumber yang lebih hebat. Ini tidak lain adalah sumber wahyu Allah SWT. Tuhan pencipta sekalian alam.

Jika masih tidak boleh diterima hujah ini, maka kajilah Al-Quran. Kajilah dengan mata hati dan aqal yang bersedia untuk menerima kebenaran, bukan dengan rasa sombong dan bongkak atas kejahilan diri sendiri.

Al-Quran – mukjizat atau keajaiban Allah SWT yang masih utuh sehingga ke hari ini. Ia wujud dalam jumlah jutaan. Kajilah Al-Quran untuk mendapat kebenaran hakiki.

Semoga Allah SWT member petunjuk dan hidayahNYA kepada mencari yang benar-benar mencari kebenaran hakiki.

31.12.2010

Montpellier, Fr.

Friday, 31 December 2010

Kuliah MASAF (6): Siapa diri anda? - Part 1

Assalamualaikum wrth. wbth.

Saudara-saudari yang dimuliakan,

Puji-pujian bagi Allah SWT atas rahmat dan nikmat yang tidak pernah putus kepada MakhlukNYA. Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim memungkin kehidupan berjalan dengan sebaiknya di alam yang serba fana ini. Alhamdulillah summa Alhamdulillah.

Selawat dan Salam kita ucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda, serta barisan para sahabat yang tidak alpa dalam mendokong dan meneruskan perjuangan Rasul SAW. Juga salam kita ke atas barisan mukminin muttaqin yang tidak lalai dalam memikul beban amanah dakwah dan risalah Islam yang suci. Alhamdulillah.

Di dalam kesempatan ini saya juga ingin mendoakan agar saudara-saudari sidang pendengar sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT, dan istiqamah di dalam ketaatan kepadaNYA.

Pada kuliah-kuliah yang lepas saya telah berbicara mengenai kepentingan kita untuk memahami Islam yang kita imani dan implikasi kita mengucapkan dua kalimah syahadah. Saya juga telah berbicara tentang kehidupan kita yang mesti dimanfaatkan untuk memperjuangkan risalah Allah SWT, serta peri pentingnya kita menggunakan aqal yang dianugerahkan Allah SWT di dalam kehidupan kita ini. Aqal yang berlandaskan ilmu, ilmu pula dipimpin wahyu. Pada minggu ini saya ingin berbicara berkenaan hakikat manusia dan kehidupannya, insyAllah.

(1) Ma’rifah Al-Insan (Mengenal manusia)

Setiap insan perlu kenal diri sendiri untuk kenal hakikat kehidupan ini. Memikir tentang dirinya – tak cukup dengan aqal semata-mata – tidak akan mencapai hakikat kebenaran. Ini kerana aqal dan ilmu manusia terbatas, dan keterbatasan ini jika tidak dipandu dengan akhlak dan keinsafan, akan melahirkan sifat sombong, angkuh dan bongkak dengan pandangan sendiri. Atas sebab ini, hakikat kebenaran diperjelaskan melalui jalan wahyu, dengan perantaraan para nabi dan rasul. Petunjuk Ilahi bila di-imani dan berpadu dengan aqal yang berfikir, maka akan membolehkan seorang manusia mengenal dirinya sendiri. InsyALlah.

(2) Ta’riif Al-Insan (Pengenalan manusia)

i. Manusia

a. Tanah (Q 32:7-8; 15:28)

b. Ruh (Q. 32:9; 15:29)

ii. Hati manusia

a. Membentuk kemahuan/keputusan bersumber dari keyakinan (Q. 75:14)

b. Kehendak (Q. 18:29)

c. Kebebasan memilih (Q. 90:10)

iii. Aqal

a. Mampu membentuk pengetahuan (Q.17:36; 67:10)

iv. Jasad

a. Untuk beramal (Q. 9:105)

v. Kerananya manusia diberi amanah untuk melaksanakan

a. Tugas ibadah (Q. 33:72; 51:56)

b. Kedudukan khalifah (Q.2:31)

vi. Manusia menerima balasan pahala (Q. 84:25; 16:97; 95:8)

(3) Haqiiqah Al-Insan (Hakikat manusia)

i. Hakikat manusia

ii. Makhluk

a. Berada di dalam fitrah (Q. 30:30)

b. Lemah (Q. 4:28)

c. Bodoh (Q. 33:72)

d. Faqir (Q. 35:15)

iii. Dimuliakan

a. Dengan ditiupkan ruh (Q. 32:9)

b. Memiliki keistimewaan (Q. 17:70)

c. Ditundukkan alam kepadanya (Q. 45:12; 2:29; 67:15)

iv. Dibebani

a. Ibadah (Q. 51:56)

b. Khilafah (Q. 2:30; 11:62)

v. Bebas memilih (Q. 90:10; 76:3; 64:2; 18:29)

a. Iman

b. Kufur

vi. Tanggungjawab (Q. 17:36; 53:38-41; 102:8)

a. Berakibat syurga (Q. 32:19; 2:25; 22:14)

b. Berakibat neraka (Q. 32:20; 2:24)

(4) Thaaqah Al-Insan (Potensi manusia)

i. Potensi (Q. 67:23; 32:9; 16:78; 7:179; 22:46)

a. Pendengaran

b. Penglihatan

c. Hati

ii. Dengan potensi dan kelebihan-kelebihannya, manusia mendapat tugas

a. Ibadah (Q. 2:21; 51:56)

b. Menunaikan kewajipan

c. Bersikap amanah

d. Memperoleh kedudukan

iii. Khilafah (Q. 24:55; 48:29)

iv. Makna khalifah:

a. Bukan pemilik asli (Q.35:13; 40:53; 24:25)

(Fathir) 13. Allah jua Yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan ia Yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa Yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah Kuasa pemerintahan; sedang mereka Yang kamu sembah - Yang lain dari Allah - tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.

b. Menggunakannya harus sesuai dengan kehendak yang mewakilkannya (Q. 76:30, 26:28)

(Al-Insan) 30. dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan Dengan cara Yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara Yang dikehendakiNya).

c. Tidak menentang terhadap peraturan (Q. Al-Adiyat - 100: 6-11)

6. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

7. dan Sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan Dengan jelas keadaan Yang demikian;

8. dan Sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

9. (Patutkah ia bersikap demikian?) tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan Segala Yang ada Dalam kubur?

10. dan dikumpul serta didedahkan Segala Yang terpendam Dalam dada?

11. Sesungguhnya Tuhan mereka Maha mengetahui Dengan mendalam tentang (balasan Yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.

v. Lalai daripada kewajipan, iaitu bersikap khianat:

a. Spt binatang ternak (Q. 7:179; 45:2; 25:43-44)

(Al-A’raaf) 179. dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

b. Spt kayu (Q. 63:4)

(Al-Munafiqun) 4. dan apabila Engkau melihat mereka, Engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu Yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan Yang dikehendaki). mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa Dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah Yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. mereka itulah musuh Yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah Engkau terhadap mereka. semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?

c. Spt anjing (Q. 7:176)

(Al-A’Raaf) 176. dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

d. Spt. Monyet (Q. 5:60)

(Al-Mai’dah) 60. katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang Yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada Yang demikian itu? ialah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang Yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah Yang lebih buruk kedudukannya dan Yang lebih sesat dari jalan Yang betul".

e. Spt babi (Q. 5:60)

(Al-Mai’dah) 60. katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang Yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada Yang demikian itu? ialah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang Yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah Yang lebih buruk kedudukannya dan Yang lebih sesat dari jalan Yang betul".

f. Spt keldai (Q. 62:5)

(Al-Jumu’ah) 5. (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan Dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) Yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai Yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum Yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim.

g. Spt batu (Q. 2:74)

(Al-Baqarah) 74. kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. padahal di antara batu-batu itu ada Yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya Yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya Yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa Yang kamu kerjakan.

h. Spt labah-labah (Q. 29:41)

(Al-Ankabut) 41. misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan.

i. Spt. Keledai (Q. 62:5)

(Al-Jumuah) 5. (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan Dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) Yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai Yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum Yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim.

Bersambung...Part 2 (Minggu hadapan, insyAllah)

Rujukan:

Dr. Irwan Prayitno; "Keperibadian Muslim", Pustaka Tarbiatuna, 2003 [Bab 5: Makrifatul Insan]

Thursday, 30 December 2010

Rasa beragama untuk siapa???

Rasa bertuhan ini adalah sifat fitrah lagi tabie bagi seorang manusia. Ya, tidak dinafikan ada manusia yang kini menafikan wujudnya Tuhan. Ia merasakan konsep atau idea Tuhan ini adalah rekaan manusia semata-mata, dan tiada kaitan dengan realiti sebenar kehidupan. Golongan ateis atau yang tidak beragama ini merasakan bahawa mereka yang beragama, iaitu mereka yang yakin adanya satu kuasa yang lebih hebat, yang mentadbir alam dan kehidupan ini, sedang hidup di alam khayalan dan rekaan semata-mata. Golongan Ateis merasakan bahawa yang sebenarnya Tuhan tidak wujud. Ini semua hanyalah khayalan dan fiksyen manusia sebelum ini. Akibatnya, semua agama adalah satu bentuk kekangan dan kepalsuan yang diperangi.

Bagi manusia yang beragama, rasa bertuhan adalah gerak-balas natural kepada hakikat bahawa alam yang sebegini hebat bersama kehidupan yang begitu rencam, pasti ada yang mencipta. Pasti ada pencipta. Semakin direnung dan diselidiki, semakin celaru dan sukar untuk menerima bahawa alam ini seluruhnya ini secara tiba-tiba terbentuk. Gerakan bumi, bulan dan matahari yang tetap di atas orbitnya, terjadi tiba-tiba. Pergiliran musim yang tetap dan mengesani kehidupan manusia pun tiba-tiba. Susunan tubuh manusia dan fungsi organ yang saling membantu dan menguat sesamanya pun adalah ciptaan alam yang tiba-tiba. Kitar pembenihan dan tumbesaran pohon-pohonan pun berlaku secara tiba-tiba. Tiada yang mencipta dan membuatnya. Ia semua terjadi sedemikian bermula dariapda tiada. Berat dan amat sukar untuk diterima aqal manusia, apa lagi hati manusia.

Sekiranya pada hari ini kita meneroka suatu gua, dan berjumpalah kita satu bekas air, atau mungkin secebis pakaian lama, maka pasti kita akan mengatakan ada manusia yang pernah tinggal di gua ini suatu ketika dahulu, dan bekas air serta pakaian ini pasti milik manusia berkenaan. Ini kerana hanya manusia yang mempunyai keupayaan untuk membuat bekas air dan pakaian. Haiwan tiada keupayaan untuk membuat alat-alat sedemikian. Dan dapat pula kemudian kita menilai tahap kepandaian atau kemahiran mereka berdasarkan alat tinggalan atau bukti tersebut. Bukti memberi pengetahuan. Pengetahuan membawa erti dan nilai kepada kehidupan. Adalah menjadi satu tanda penyakit gila apabila ada manusia hari ini yang berani mengatakan semua tinggalan yang dijumpai itu adalah hasilan alam semata, tiada manusia yang membuatnya. Ia terjadi tiba-tiba. Bak kata pepatah arab, tahi unta membuktikan ada unta. Tahi unta tidak muncul tiba-tiba!

Apabila dilihat kepada bukti alam dan pada manusia itu sendiri, adalah terlalu mudah untuk kita mengakui bahawa pasti ada kuasa yang Maha Hebat yang telah menciptakan semua. Kuasa Maha Hebat ini kita kenali sebagai Tuhan atau Ilahi atau Pencipta.

Tetapi hujah-hujah ini pun terkadang ditolak oleh golongan ateis. Ada lagi persoalan yang lebih penting yang dapat perlukan jawapan. Persoalan-persoalan ini adalah:

1. Dari mana kita datang?

2. Apa tujuan kita hidup? &

3. Ke mana hala tuju selepas kematian?

Semua persoalan ini dapat dijawab oleh golongan yang tidak beragama. Tetapi jawapan yang diberi pastinya tidak akan membezakan kita dengan haiwan, tumbuhan dan makhluk lain di dalam kehidupan ini. Kalau ada pun jawapan, ia hanya menjelaskan natijah zahir atau fizikal dan tidak mampu untuk menjelaskan nasib ruh dan jiwa manusia. Makhluk yang beraqal dan mempunyai ruh pastinya tidak akan mendapat kepuasan dengan jawapan yang diberikan.

Persoalan-persoalan inilah yang dijawab dengan sempurna oleh risalah agama. Risalah agama yang bukan direka manusia, tetapi risalah yang datangnya daripada langit serta bersumberkan pencipta yang satu, iaitu ALlah SWT. Risalah beragama yang dijelmakan melalui risalah Nabi Muhammad SAW serta dereta para nabi-nabi dan rasul sebelumnya. Seruannya mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan membuktika kehambaan mereka. Risalah Islam menjawab kesemua persoalan-persoalan di atas. Kita semua datang daripada Allah SWT. Tugas kita adalah untuk beribadah kepadaNYA. Dan, kematian adalah jalan untuk menuju syurga atau nerakaNYA , iaitu kehidupan yang abadi. Kematian hanyalah sekali, dan selepas itu kehidupan yang tiada hujungnya.

Memang mudah risalah ini menjawab persoalan-persoalan berkenaan. Ya, itulah hakikatnya. Kebenaran memang sifatnya jelas dan lurus. Tiada kesamaran padanya.

Baiklah, pada hujungnya manusia mesti membuat pilihan. Samada untuk beragama atau untuk terus hidup tidak percaya kepada wujudnya tuhan pencipta. Hidup beragama menenangkan jiwa dan memberi kesejahteraan kepada kehidupan. Hidup tidak beragama tampak tenang, tetapi sebenarnya kontang dan kosong, kerana jiwa mereka tidak ketahuan akan apa erti hidup dan ke mana mereka akan pergi selepas mati. Hidup mereka tidak berbeza dengan haiwan yang melata. Sebenarnya terlebih baik nasib sebagai haiwan dan tumbuhan. Sekurang-kurangnya haiwan dan tumbuhan memang tidak dibebankan dengan amanah dan tugas beribadah, lantas tidak akan dinilai baik atua buruk nasib mereka. Manusia yang tidak beragama ini, sudahlah di dunia tidak tentu hala, di akhirat nanti pastinya celaka. Malangnya nasib mereka. Ini semua pandangan golongan beragama. Jika ditanya kepada mereka, mereka pun percaya selepas mati – mereka akan menjadi tanah, dan hidup lenyap begitu sahaja. Jadi tidaklah banyak berbeza sebenarnya.

Maka, buatlah pilihan anda!

Renungkanlah firman Allah SWT; Surah Adz-Dzariyat(56):

“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Firman Allah SWT lagi, di dalam Surah Ali-Imran; ayat 190 dan 191:

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.”

Dan juga firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk, ayat 2 hingga 6 :

2. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);

3. Dia lah Yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit Yang berlapis-lapis; Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan Yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika Engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - Dapatkah Engkau melihat sebarang kecacatan?

4. kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu Dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga Dengan sia-sia).

5. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit Yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) Dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka Yang menjulang-julang.

6. dan bagi orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Semoga kita tetap teguh menjadi golongan yang beragama – Muslim, Mukmin, Muttaqin. Amin.

Allahua’lam

Wed, Rue De La Vielle Intendance

Buatlah pilihan yang terbaik!

Kehidupan ini sentiasa menampilkan pilihan dan ruang untuk kita membuat keputusan. Manusia dianugerahkan aqal dan hati untuk menimbang serta membuat pilihan terbaik. Allah SWT menyatakan di dalam surah As-Syams bahawa diilhamkan manusia jalan kebaikan dan jalan keburukan, maka beruntunglah mereka yang membersihkan dirinya, dan rugilah mereka yang mengotorkannya. Ya, pilihan di tangan kita. Walaupun apapun keputusan kita sebenarnya tidak akan dapat bebas daripada kudrat dan ketentuan Allah SWT. Keadilan Allah SWT memberikan kita semua yang diperlukan untuk menyelamatkan diri atau sebaliknya. Apa pilihan kita?

Terdapat satu pihak yang mengatakan manusia yang menentukan semua keadaan dan nasib dalam hidup. Tuhan tiada peranan. Akibatnya golongan ini tersasar, dan akhirnya melupakan Tuhan. Mana tidaknya, apabila sudah dirasa Tuhan tidak berkuasa atau berperanan di dalam hala tuju dan nasib diri, maka Tuhan dan rasa bertuhan tiada makna lagi. Di satu pihak, wujud pula yang merasakan semua gerak-laku dan nasib manusia adalah takdir dan ketentuan Tuhan. Manusia tiada peranan langsung. Apabila mereka berbuat maksiat, maka diwar-warkan betapa ini ketentuan Tuhan. Apabila mereka melakukan maksiat dan pelanggaran, mereka menyalahkan Tuhan. Diri mereka tiada kuasa dan peranan, semua telah ditetapkan Tuhan. Manusia tiada upaya untuk membuat apa-apa pilihan. Akhirnya golongan ini menjadi golongan yang mandul dan tiada kehendak kepada kehidupan, lantas tidak melihat apa-apa erti dan tujuan untuk berusaha di dalam hidup ini. Apa guna lagi, jika semua gerak adalah asbab Tuhan. Yang mana satu sebenarnya hakikat hidup ini?

Benar, Allah SWT menetapkan takdir kepada semua makhlukNYA. Takdir baik atau buruk. Rezekinya, mati-hidupnya. Benar, Allah SWT berkuasa terhadap segala sesuatu. Tiada yang terlepas daripada pengetahuanNYA. Tiada yang tidak memerlukan Allah SWT untuk terus hidup di muka bumi ini. Namun, Allah SWT menyatakan bahawa manusia diberi aqal dan petunjuk berupa ilmu dan panduan agar dapat melalui kehidupan ini sebaiknya. Diberi ikhtiar kepada manusia untuk membuat pilihan dengan apa yang ia kecap dan apa yang ia inginkan. Bila dipilih kebaikan, maka insyAllah terbukalah jalan ke syurga. Apabila dipilih keburukan, maka akan terbukalah jalan ke nerakaNYA.

Jalan kehidupan adalah jalan keyakinan bahawa hidup ini bernaung di bawah rahmat Allah SWT. Jalan kehidupan adalah medan beramal, dan membuat pilihan kepada apa yang dihadapkan kepada kita. Jalan baik dan buruk terbentang kepada kita. Dengan ilmu, aqal dan iman kepada Allah SWT, kita membuat pilihan kita. Apapun, tiada siapa yang tahu hakikat takdir di sisi Allah SWT. Semuanya rahsia Allah SWT. Apabila kita memohon hidayah dan petunjuk, nescaya Allah SWT akan berikan atau sempurnakan. Apabila telah diberi hidayah dan petunjuk, tetapi masih memilih jalan maksiat, maka itulah pilihan kita sendiri. Tidak Allah SWT berlaku zalim kepada hambaNYA.

Jalan kehidupan yang adil adalah sentiasa mengimani bahawa Allah SWT yang berkuasa kepada kehidupan kita ini. Dan pada masa yang sama mengimani bahawa telah Allah SWT turunkan petunjuk, pedoman, jalan dan bukti-bukti pada alam dan diri manusia itu sendiri agar menginsafi hakikat kehidupan ini yang sebenarnya, iaitu untuk beribadah kepadaNYA. Melalui jalan ikhtiar, kita pilihlah jalan kebaikan atau jalan keburukan.

Marilah kita merenung firman Allah SWT yang berikut. Surah As-Syams, ayat 7 – 14

7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);

8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -

9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

10. dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

11. (ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) Dengan sebab perbuatan derhaka mereka Yang melampaui batas;

12. ketika orang Yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta Yang menjadi mukjizat),

13. maka berkatalah Rasul Allah (Nabi soleh) kepada mereka: " (janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"

14. (setelah Nabi soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka Dengan azab Yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

15. dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) Yang demikian, (kerana itu adalah balasan Yang adil).

Dihukum manusia apabila diberi hidayah lantas mereka menafikannya. Tiada dipersalahkan manusia apabila seruan iman tidak sampai kepada mereka.

Allahua’lam

Wed, Rue De La Vielle Intendance


Friday, 17 December 2010

Kuliah MASAF (5): Minda Hebat: Milik Siapa?

Assalamualaikum wrth.

Saudara-saudari yang dikasihi

Alhamdulillahi Rabiil Alamin Was Solatu Wassalam Ala Rasul


Alhamdulillah pada minggu ini kita akan membincangkan kepentingan minda atau aqal di dalam usaha kita untuk memperjuangkan agama. Aset minda dan aqal ini amat penting untuk memastikan kita dapat memberikan yang terbaik untuk perjuangan dan umat amnya. Muslim mukmin untuk membawa manfaat mestilah sentiasa memperhatikan aset ini.

Ada tiga budaya yang amat penting untuk kita usahakan. 3 budaya ini berkaitan dengan memperkayakan minda:

1. Budaya ilmu
2. Budaya membaca
3. Budaya berfikir

Allah SWT menyatakan di dalam Surah Ali-Imran, ayat 190 dan 191, mafhumnya:

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.


Ilmu boleh diperolehi melalui pelabagai jalan dan kaedah. Ilmu adalah kekuatan. Dunia hari ini mengukur kekuatan dengan penguasaan ilmu. Samada ilmu Fardhu Ain dan/atau terutamanya ilmu Fardhu Kifayah - yang banyak berkaitan urusan muamalat sesama manusia. Ilmu adalah kekuatan. Namun, hendaklah kita bersifat selektif dan tahu keutamaan ilmu yang hendak digarap. Umur yang ada terlalu singkat, maka perlu tahu sasaran dan prioriti kita.

Perintah membaca adalah wahyu pertama Allah SWT. Kita membaca kerana ia dapat meluaskan pengetahuan dan pemahaman kita tentang kehidupan ini. Kerakusan di dalam pembacaan tidak merugikan kita, malah memperkayakan kita. Budaya membaca melambangkan budaya ilmu yang dekat di hati kita.

Selepas mendapat ilmu dan pengetahuan, samada melalui jalan pembacaan atau lainnya, tidak boleh tidak mesti kita gerakkan minda untuk berfikir. Fakta-fakta yang terkumpul semata-mata tidak ada erti melainkan difikirkan, dan difahami kaitannya dengan realiti kehidupan. Berfikir ini arahan Allah SWT. Melalui berfikir kita mendapat hakikat sesuatu perkara. Yg tersirat tidak sama dengan yang tersurat. Minda berfikir barulah minda yang hidup.


Seterusnya Allah SWT menyatakan di dalam Surah Ar-Rum: 22, 23 dan 24, mafhumnya;

22. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang berpengetahuan.

23. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangnya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

24. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, ia memperlihatkan Kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan ia menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan bumi sesudah matinya Dengan hujan itu. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang menggunakan akal untuk memahaminya.


Allah SWT memberi gelaran kepada orang2 yang berilmu ini dengan gelaran "golongan Rabbani" dan "Ulul Albab".

Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali-Imran, ayat 79:

"Tidaklah patut bagi seseorang manusia Yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang menyembahku Dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - Dengan ilmu dan amal Yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Abdullah ibn Abbas menafsirkan "golongan Rabbani" dalam ayat ini sebagai ulama, hukama dan hulama iaitu golongan yang berilmu, bijaksana lagi penyantun. Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir berkata: "Ayat ini adalah dalil bahawa golongan rabbani ialah golongan yang amat mentaati Allah dengan cara menguasai ilmu dan menyebarkannya. Cukuplah dalil ini sebagai bukti kehebatan mereka yang mampu mengekang nafsunya demi menguasai ilmu kemudian disusuli dengan amal".


Satu lagi golongan yang dimuliakan oleh Allah SWT adalah ulul albab dan Allah menyatatkan perkara ini didalam Ayat 190, Surah Ali-Imran:

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

Imam Ibn Kathir mentafsirkan golongan ulul albab sebagai golongan yang mempunyai ilmu yang tinggi serta pemikiran yang bersih sehingga mampu meletakkan sesuatu perkara pada hakikatnya yang betul.

As-Syeikh Fathi Yakan di dalam bukunya; Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah" menyatakan cabaran-cabaran yang akan menimpa golongan pejuang. Maka hendaklah golongan pejuang mempunyai bahtera2 yang akan menyelamatkannya. Semua bahtera ini berlandaskan penguasaan ilmu yang tidak sedikit. Lihat noktah2 dibawah - sinopsis buku Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah.

___________

Rintangan Perjuangan (Al-Ankabut:1-3)

1. Orang Mukmin yang DENGKI kepadanya

2. Orang Munafiq yang BENCI kepadanya

3. Orang Kafir yang MEMERANGINYA

4. Syaitan yang MENYESATKAN

5. Nafsu yang MERANSANGKAN

Ciri-ciri Keimanan (At-Taubah 111, 112)

1. Al-Taíbun (sentiasa bertaubat )

2. Al- ‘Abidun (yang beribadat )

3. Al-Hamidun (sentiasa bertahmid )

4. Al-Sa’íhun (Pengembara di jalan Allah)

5. Al-Raki’un & Al-Sa’jidun (yang rukuk’dan sujud)

6. Al-Amiru Bil Ma’ruf wa Nahuna ‘Anil-Munkar

7. Wal Hafizuna Lihududillah (yang memelihara Hukum Allah )

Bekalan Para Daí

1. Puasalah di hari yang panas terik demi menghadapi hari kebangkitan

2. Menunaikan sembahyang dua rakaat di waktu malam untuk menghadapi kesunyian kubur

3. Tunaikan ibadat haji untuk menghadapi peristiwa-peristiwa yang gawat

4. Hulurkan sedekah sambil merahsiakannya

5. Tuturkanlah kebenaran atau berdiam diri dari mengungkapkan kebatilan.

Bahtera Penyelamat

1. Ma’rifatullah (mengenal Allah)

2. Ibadatullah (Ibadat kpd Allah)

3. Zikrullah (Ingat kepada Allah )

4. Al – Khaufu Min Allah (Takut kepada Allah)

5. Muraqabatu’Llah

6. Hubbu’Llah (Kasih kepada Allah)

7. Redho

8. Hubbu-Rasul (Kasih kepada Rasul )

___________

Perkara-perkara di atas melakarkan cabaran yang bakal dihadapi oleh para pejuang dan bahtera penyelamatnya. Maka mestilah ia memastikan wujud penguasaan ilmu yang mantap, dan minda yang hebat.

Allahua'lam

Wassalam