Hari ini manusia terlalu sibuk
Berlari dan berkejar ke sini sana
Seolah esok tiada lagi
Seolah inilah penentu segalanya
Apa bezanya jika kita berlari di tengah kota Delhi atau Varanasi
Dan berlari berkejaran mencapai tujuan di Kuala Lumpur atau di Baling
Atau di sebuah pekan bernama Betsy-Coed di tengah gunung ganang Wales
Manusia bila sibuk menuju tujuan
Akan tidak peduli kepada keliling kelalang
Kecuali apa yang menghalang perjalanannya
Apa perlu kita sibuk tentang urusan orang?
Apa perlu kita beri perhatian kepada anak kecil di tepi jalan itu?
Apa perlu kita ada rasa kasihan kepada yang memerlukan?
Kita kan sedang sibuk ni
Kita
Kita
Rasanya ada nanti manusia yang akan peduli
Rasanya ada nanti yang akan membela
Rasanya bukan semua manusia macam aku
Melihat kepada di luar cermin kereta ini
Kalutnya manusia ini
Pelbagai arah, Pelbagai tujuan, Pelbagai kekangan, pelbagai harapan
Melihat ke dalam diri ini
Rupanya kekalutan itu tiada jauh bezanya
Tidak tetap tujuan dan masih teraba-teraba
Mengharap ketenangan
Sibuk oh Sibuk
Harapnya atas tujuan yang mulia
Agar hidup berkat dan bermakna
NPL Guest House
6 Disember 08
11.01am
No comments:
Post a Comment