Friday 17 December 2010

Kuliah MASAF (5): Minda Hebat: Milik Siapa?

Assalamualaikum wrth.

Saudara-saudari yang dikasihi

Alhamdulillahi Rabiil Alamin Was Solatu Wassalam Ala Rasul


Alhamdulillah pada minggu ini kita akan membincangkan kepentingan minda atau aqal di dalam usaha kita untuk memperjuangkan agama. Aset minda dan aqal ini amat penting untuk memastikan kita dapat memberikan yang terbaik untuk perjuangan dan umat amnya. Muslim mukmin untuk membawa manfaat mestilah sentiasa memperhatikan aset ini.

Ada tiga budaya yang amat penting untuk kita usahakan. 3 budaya ini berkaitan dengan memperkayakan minda:

1. Budaya ilmu
2. Budaya membaca
3. Budaya berfikir

Allah SWT menyatakan di dalam Surah Ali-Imran, ayat 190 dan 191, mafhumnya:

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.


Ilmu boleh diperolehi melalui pelabagai jalan dan kaedah. Ilmu adalah kekuatan. Dunia hari ini mengukur kekuatan dengan penguasaan ilmu. Samada ilmu Fardhu Ain dan/atau terutamanya ilmu Fardhu Kifayah - yang banyak berkaitan urusan muamalat sesama manusia. Ilmu adalah kekuatan. Namun, hendaklah kita bersifat selektif dan tahu keutamaan ilmu yang hendak digarap. Umur yang ada terlalu singkat, maka perlu tahu sasaran dan prioriti kita.

Perintah membaca adalah wahyu pertama Allah SWT. Kita membaca kerana ia dapat meluaskan pengetahuan dan pemahaman kita tentang kehidupan ini. Kerakusan di dalam pembacaan tidak merugikan kita, malah memperkayakan kita. Budaya membaca melambangkan budaya ilmu yang dekat di hati kita.

Selepas mendapat ilmu dan pengetahuan, samada melalui jalan pembacaan atau lainnya, tidak boleh tidak mesti kita gerakkan minda untuk berfikir. Fakta-fakta yang terkumpul semata-mata tidak ada erti melainkan difikirkan, dan difahami kaitannya dengan realiti kehidupan. Berfikir ini arahan Allah SWT. Melalui berfikir kita mendapat hakikat sesuatu perkara. Yg tersirat tidak sama dengan yang tersurat. Minda berfikir barulah minda yang hidup.


Seterusnya Allah SWT menyatakan di dalam Surah Ar-Rum: 22, 23 dan 24, mafhumnya;

22. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang berpengetahuan.

23. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangnya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

24. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, ia memperlihatkan Kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan ia menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan bumi sesudah matinya Dengan hujan itu. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang menggunakan akal untuk memahaminya.


Allah SWT memberi gelaran kepada orang2 yang berilmu ini dengan gelaran "golongan Rabbani" dan "Ulul Albab".

Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali-Imran, ayat 79:

"Tidaklah patut bagi seseorang manusia Yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang menyembahku Dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - Dengan ilmu dan amal Yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Abdullah ibn Abbas menafsirkan "golongan Rabbani" dalam ayat ini sebagai ulama, hukama dan hulama iaitu golongan yang berilmu, bijaksana lagi penyantun. Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir berkata: "Ayat ini adalah dalil bahawa golongan rabbani ialah golongan yang amat mentaati Allah dengan cara menguasai ilmu dan menyebarkannya. Cukuplah dalil ini sebagai bukti kehebatan mereka yang mampu mengekang nafsunya demi menguasai ilmu kemudian disusuli dengan amal".


Satu lagi golongan yang dimuliakan oleh Allah SWT adalah ulul albab dan Allah menyatatkan perkara ini didalam Ayat 190, Surah Ali-Imran:

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

Imam Ibn Kathir mentafsirkan golongan ulul albab sebagai golongan yang mempunyai ilmu yang tinggi serta pemikiran yang bersih sehingga mampu meletakkan sesuatu perkara pada hakikatnya yang betul.

As-Syeikh Fathi Yakan di dalam bukunya; Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah" menyatakan cabaran-cabaran yang akan menimpa golongan pejuang. Maka hendaklah golongan pejuang mempunyai bahtera2 yang akan menyelamatkannya. Semua bahtera ini berlandaskan penguasaan ilmu yang tidak sedikit. Lihat noktah2 dibawah - sinopsis buku Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah.

___________

Rintangan Perjuangan (Al-Ankabut:1-3)

1. Orang Mukmin yang DENGKI kepadanya

2. Orang Munafiq yang BENCI kepadanya

3. Orang Kafir yang MEMERANGINYA

4. Syaitan yang MENYESATKAN

5. Nafsu yang MERANSANGKAN

Ciri-ciri Keimanan (At-Taubah 111, 112)

1. Al-Taíbun (sentiasa bertaubat )

2. Al- ‘Abidun (yang beribadat )

3. Al-Hamidun (sentiasa bertahmid )

4. Al-Sa’íhun (Pengembara di jalan Allah)

5. Al-Raki’un & Al-Sa’jidun (yang rukuk’dan sujud)

6. Al-Amiru Bil Ma’ruf wa Nahuna ‘Anil-Munkar

7. Wal Hafizuna Lihududillah (yang memelihara Hukum Allah )

Bekalan Para Daí

1. Puasalah di hari yang panas terik demi menghadapi hari kebangkitan

2. Menunaikan sembahyang dua rakaat di waktu malam untuk menghadapi kesunyian kubur

3. Tunaikan ibadat haji untuk menghadapi peristiwa-peristiwa yang gawat

4. Hulurkan sedekah sambil merahsiakannya

5. Tuturkanlah kebenaran atau berdiam diri dari mengungkapkan kebatilan.

Bahtera Penyelamat

1. Ma’rifatullah (mengenal Allah)

2. Ibadatullah (Ibadat kpd Allah)

3. Zikrullah (Ingat kepada Allah )

4. Al – Khaufu Min Allah (Takut kepada Allah)

5. Muraqabatu’Llah

6. Hubbu’Llah (Kasih kepada Allah)

7. Redho

8. Hubbu-Rasul (Kasih kepada Rasul )

___________

Perkara-perkara di atas melakarkan cabaran yang bakal dihadapi oleh para pejuang dan bahtera penyelamatnya. Maka mestilah ia memastikan wujud penguasaan ilmu yang mantap, dan minda yang hebat.

Allahua'lam

Wassalam

2 comments:

  1. Salam

    Nak tumpang tanya, apa komen anda berkenaan video di bawah.
    Isu Gay di Malaysia

    http://www.youtube.com/watch?v=SJLSteQIcms

    ReplyDelete
  2. Salam

    Pandangan sy, orang islam yang sebenar tidak akan jadi seorang gay. Apalagi dengan bangganya mengistiharkan diri seorang gay. Hukum Allah SWT amat jelas ttg perkara ni. Hawa nafsu lebih utama drpd hukum ALlah. Ertinya yang disembah adalah hawa nafsu. Orang yang mengamalkan hubungan sejenis ini dilaknat oleh ALlah SWT. Buktinya, kaum Nabi Lut yang diazab oleh Allah SWT. NauzuBillah min Zalik.

    ReplyDelete