Thursday 8 July 2010

Aduhai Masjid...

Sekiranya di waktu zohor yang terik ini kita sampai di masjid dan terlihat berbondong-bondong manusia yang beriman dengan Allah SWT menanti-nanti saat untuk azan berkumandang, pastinya kita akan kehairanan. Ada kematian ke? atau ada kenduri apa ke? ataukah aku telah nyanyuk dan memang hari ini jumaat agaknya? Ishh, apa yang berlaku ini. Pastinya kita akan terus kehairanan bilamana manusia-manusia tadi telah memenuhi ruang saff di dalam masjid. Pasti, sudah pasti.

Kenapa sedemkian lagaknya? Ini kerana sudah menjadi waqie masjid di Malaysia ini umumnya, cuma akan penuh melimpah ruah pada hari jumaat dan hari-hari keramaian. Bukan pada hari-hari biasa. Seolah solat jamaah hari biasa ini kurang darjatnya atau nilainya. Seolah memang telah disuruh oleh Sunnah dan didikan para alim bahawa masjid ini cuma 'mesti' penuh pada hari-hari tertentu sahaja.

Persoalannya; Bagaimana boleh kita lakukan agar masjid ini menjadi tempat yang dirindui oleh umat? Tempat yang diraikan dengan ibadah, ukhuwwah dan kerjasama?
Apakah mungkin tidak bersolat jamaah di masjid menjadi satu kepelikan yang amat sangat di dalam masyarakat? Apakah mungkin satu hari nanti masjid ini benar-benar kembali berperanan di dalam masyarakat? Ya, insyAllah. Tetapi masjid hanya lah objek kaku yang tidak boleh bergerak dan berusaha sendiri. Tidak kisah samada ia masjid negeri yang tersergam indah atau masjid kampung yang hampir rebah. Ia tidak hidup sendiri. Ia mesti digerakkan oleh manusia-manusia beriman yang mendampinginya. Manusia beriman ini pula memahamai bahawa masjid mesti memainkan peranan utama dalam masyarakat, dan ia melampaui sekadar tempat untuk bersolat jamaah. Masjid ada peranan yang besar. Yang terlebhi penting, manusia beriman yang mendampinginya pun mestilah ada visi dan misi yang besar. Barulah masjid kaku tadi boleh menggegar.

Zohor tadi, jamaah yang datang hanyalah orang biasa-biasa. Pakcik tua si tukang siak, bilal dan terkadang imam dan kurang lebih delapan makmum yang menanti. Wajah-wajah biasa dalam kelab solat jamaah mini lagaknya. Apapun, inilah manusia-manusia beriman yang cuba untuk memastikan masjid ini terus hidup. Moga-moga mereka semua akan istiqamah.

Aduhai Masjidku, bilakah engkau akan benar-benar dirai?

Allahua'lam

2.51pm. 8.7.10
Khamis

No comments:

Post a Comment