Saturday 3 July 2010

Kejayaan yang Pasti!

Perancangan penting supaya kehidupan ini berjalan sebaiknya. Merancang untuk mendapatkan yag terbaik daripada masa dan kesempatan yang ada. Bab merancang ini terkadang boleh menjadi sukar, tetapi yang lebih memayahkan adalah memastikan bahawa ia dipatuhi, dilaksanakan dan terus di dipegang, walau suasana asal mula mungkin tidak wujud lagi.

Manusia lebih suka untuk terus hidup tanpa perlu untuk memikir tentang masa hadapan yang tidak pasti. Dengan satu harapan yang tinggi bahawa segalanya akan bermula dan berakhir dengan baik. Tetapi pengalaman mengajar kita bahawa kehidupan ini seperti batang tubuh dan jiwa manusia juga. Ada pasang surut dan keadaan seronok juga sedihnya. Berulang-ulang kita lalui saat ini. Sehinggakan kita tidak lagi mahu belajar dan terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik.

Di dalam pergolakan semua makhluk untuk terus taat kepada jalan kebenaran dan ketundukan, ada yang gagal dan ada yang tetap cekal berjaya. Berjaya dan gagal, sama utama peranannya. Bila kita berjaya kita rasa gembira dan amat lapang sekali. Namun, hakikat menggapai kejayaan yang benar-benar besar adalah setelah pernah lulus dalam rantai kegagalan yang datang dan berlalu.

Ya, kita merancang untuk berjaya. Maka, jika kita tidak pernah lupa dan jauh daripada Allah SWT, maka apapun hasilnya, kita pasti menggapai kejayaan dan kemenangan.

Allahua'lam

9.52am - Sabtu

No comments:

Post a Comment