Terkadang apabila kita berbicara, kita merasakan sewajarnya tiada halangan untuk sesiapapun memahami apa yang kita ingin sampaikan. Bagi kita, ayat yang disusun dan kata yang dilafaz adalah yang terbaik untuk hasrat yang ingin disampaikan. Andaian ini menyebabkan kita segera untuk bertolak ke noktah yang seterusnya tanpa terfikir untuk mengolah semula kata-kata yang telah dilontar. Apa lagi, kita terlihat wajah-wajah yang seolahnya mengesahkan andaian kita. Ya, hebat sungguh kita rasanya.
Pernahkah kita terfikir bagai keliru dan terasingnya perasaan para pendengar di hadapan itu. Pernahkah kita terasa bagaimana tingginya harapan mereka agar kita dapat mengambil tumakninah. Berhenti sebentar untuk memikirkan tentang diri mereka.
Bahasa cakap dan bahasa dengar terkadang tidak sama. Ini kerana bahasa cakap hanya melontar, bahasa dengar kerjanya
Manakah yang lebih baik: Sedikit bercakap, tapi isinya sampai, berbanding panjang berjela, tapi semuanya akan dilupa? Pastinya ia tergantung kepada tujuan asal kita berkata-kata. Akhirnya, ini semua adalah urusan hendak menyampaikan hasrat. Jika hasratnya murni, maka usahakanlah agar kaedahnya pun murni. Jika tidak, maka yang berkata-kata dipersia, yang mendengar kecewa. Ehmm, malangnya nasib kita semua.
23 Oktober 2010, Sabtu
Baling
No comments:
Post a Comment